Blogger Backgrounds

Thursday, November 17, 2011

Bab 10

Dua minggu selepas habis spm Ima dan Azi duduk dengan abahnya di Sepang.Tinggal Karina with Nash yang masih setia di Rembau..Saat perpisahan:

"Korang jaga diri elok-elok..Pape call aku tau,"kata Nash kepada Ima dan Azi..Sentimental jugak minah selamba ni.Ingatkan hati kering.Cakap Ima di dalam hatinya.
"Yelah.Aku tahu tu.Ada masa online la facebook.Jimat sikit kredit aku,"kata Azi pula sambil tergelak.
"Kau ni dengan kawan pun nak berkira.Apa punya geng la,"kata Karina dengan hati yang sebal.
"E'eleh.Aku gurau jela.Aku sanggup berbuat ape saja dalam persahabatan kita walaupun terpaksa menggadai nyawa,"kata Azi dengan emosinya.
"Kau ni Azi.Main-main pulak.Serius la sikit.Kan kita nak berpisah ni."marah Ima kepada Azi.
Azi hanya menayangkan giginya kepada kami.
"Hmm pape pun jangan lost contact tau.Aku sayang korang,"kata Ima dengan sedihnya kepada Nash dan Karina.
Mereka berpelukan dan Ima dan Azi pun bertolak ke Sepang dengan abangnya Duqi yang berlagak ensem tu.Umm tapi memang ensem pun..hehehe.Tidak dapat dinafikan lagi.


1 jam setengah...

Mereka pun sampai di Sepang.Tapi perkara pertama di kotak fikiran Ima ialah untuk mencari kerja sebelum mendapat keputusan SPM.Pada petang itu juga Ima dan Azi pergi ke pekan Bandar Baru Salak Tinggi setelah mendapatkan keizinan daripada abahnya Pak Syed dengan menaiki motosikal.

Mereka pergi ke sebuah kedai yang menjual telefon bimbit dan topup dan ternampak ada tertulis untuk mencari pekerja baru.Apa lagi Ima dan Azi pun serbu terus masuk ke dalam dan bertanya kepada tauke kedai tersebut:

"Assalamualaikum pak cik.Selamat petang.Kami berdua ni nak mencari kerja di sini,"kata Azi.
"Ohh..Kamu berdua ni adik beradik ke?Muka sama je,"kata pak cik itu.
"Kami ni kembar pak cik.Baru lepas habis SPM.Sebab itu la kami nak cari kerja ni,"kata Ima pula.
Eee pak cik ni.Aku tanya lain jawab lain lak.Pekak ke apa??Orang dah la mengantuk tahap gaban dah ni.Dah ar tak jawab salam aku.Kata Azi dalam hatinya.
"Ye ke?Umm kamu duduk di mana?,"tanya pak cik tu lagi.
"Kami duduk di perumahan balai polis tu ah,"kata Azi.
Pak cik itu hanya menganggukkan kepalanya saja.Dah macam burung belatuk lak aku tengok orang tua ni.Kutuk Ima di dalam hatinya.
"Ok.Kamu mulakan keje esok.Pagi la pukul 8 pagi sampai 1 petang.Saya ni tak ramai pekerja sebab tu la saya suruh kamu berdua mula kerja esok,"kata pak cik yang bernama Ahmad itu.
"Tak ada masalah la pak cik.Terima kasih la terima kami bekerja dengan pak cik.Kami gerak dulu.Esok kami datang kerja,"kata Ima.
"Sama-sama."jawab pak cik Ahmad.


Esoknya:

Ima dan Azi pun mulakan kerja dengan menjaga kedai tersebut.Ramai yang datang untuk membeli topup dan ada la juga yang beli telefon bimbit.Ima dan Azi rasa letih walaupun baru je kerja berapa jam.Tapi mereka kerja juga dan berkata:

"Baru je mula memang la macam ni.Nanti dah lama ok la tu,"kata Azi.
Ima menjawab "alah bisa tegal biasa,"sambil ketawa.
Sempat pulak minah ni gunakan peribahasa yang diterapkan di dalm kotak fikirannya yang diajar oleh Mr.Gan.

Karina dan Nash:

Karina dan Nash pun bekerja sementara nak tunggu keputusan SPM keluar.Si akak kita yang Karina ni kerja di kedai perabot bapanya.Memang senang la nak ponteng.Nahs pula kerja di Zemart.Tapi ada masa minah senget ni buat juga kerja mesin rumput.Mengalahkan lelaki je minah ni.