Blogger Backgrounds

Saturday, July 23, 2011

Bab 2

:: Azilia ::

Azi terkocoh-kocoh masuk ke dalam kelas. Dia sudah lewat untuk ke makmal Biologi. Pasti cikgu Kamisah sudah memulakan pengajarannya. Tiba-tiba, sehelai sampul surat jatuh ke lantai. Surat itu jatuh daripada celah buku rujukannya. Azi merasa aneh melihat surat itu. Meskipun dia ingin tahu tetapi baginya Bio lebih penting. Lalu surat itu dibiar sepi kembali di celahan buku.
"Meiosis was haploid, they are going through two process which are Meiosis I and Meiosis II bla bla bla.."cikgu Kami sedang mengajar topik tingkatan empat, Cell Division sebagai ulangkaji. Selepas berakhirnya penerangan Cikgu Kami, Azi memanggilnya ke arah meja kami. Karina dan Nash hanya memerhatikan kelakuan Azi.
"Cikgu, kalau seseorang perempuan tu tak datang period dekat lapan bulan tu apa yang jadi cikgu? "tanya Azi.
"Alahai, saya ingatkan awak nak tanya pasal Meiosis ni, rupa-rupanya soalan personal. Kalau umur baya awak semua ni tu perkara biasa je."
"Eh cikgu, bukan kitoranglah. Ni orang dewasalah. Dia tak period start bulan sebelas tahun lepas. "sanggah Ima.
"Oh, mesti dia tu susah nak mengandung. Sebab hormone dia tak stabil. "
"Cikgu, macam mana pulak kalau ada orang tu nipple dia tak keluarkan susu lepas bersalin?" Ima pula bertanya.
"Puncanya sama juga. Hormon tak stabil. Tetapi masalah ni boleh diatasi dengan suntik hormon. Untuk mengeluarkan susu pulak boleh lakukan stimuly nipple. "jawab cikgu Kami lagi.
Nash yang sedari tadi mendengar tiba-tiba menyampuk.
"Eii korang, cikgu, Nipple tu ape? "soal Nash dengan muka innocentnya itu campur blur tahap gaban.
Serentak cikgu Kami, Azi, Ima, dan Karina berpaling ke arah Nash.
"Oh, kau tak tau ek? Nipple tu puting lah ngok! " kata Karina berbisik.
Nash yang mendengar serta merta ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Dia langsung tak terfikir akan hal itu.
"Harapkan gaya je rock, nama je budak pandai tapi tu pun tak tahu. Hahah." giliran Azi dan Ima ketawa pula.
"First, aku ni budak suci yang tak terpolluted lagi , so aku tak tau la istilah-istilah macam tu. Second pulak aku kan kanak-kanak Ribena. Mana boleh fikir bukan-bukan."Nash membela dirinya daripada menjadi bahan lelucon mereka.
"Eleh, bukan kau ke yang paling sensetif dengan benda-benda yang macam ni. Kanak-kanak Ribena konon , Weyh sedarlah sikit kau tu dah tujuh belas tahun."Karina pula mengenakan Nash.
Hampeh punya kawan. Kot ye pun tak payahlah siap nak main-main kan aku lagi. Monolog Nash dalam hati.
"Korang ni mesti cakap pasal 18 SX. Tu yang lain macam semangat korang bercerita. Hahaha.." kuat suara Awana Natasya berkata dalam lenggok overdosenya.
"Nak kata macam semangat ghazi orang Islam masa zaman Turki Uthmaniyah,hmm.. aku tengok macam semangat crazy pulak. Crazy sex. Hahaha.." tokok Izrina Selfia yang kononnya mengaplikasikan matapelajaran Sejarah tingkatan empatlah tu. Bajet!
Alicia Ixora hanya tersenyum sinis, menyokong kata-kata geng overdosenya.
"So what? " Karina membalas.
"Ehem,ehem. Dengar sini ya proton Exora , hotel Awana , dan penjual ikan Sell fish ya, ada kitorang kisah?"Nash membalas.
"Mulut kau tu Nasuha Amira control sikit ek. Nanti kang aku cakap dengan bapak aku karang..."
"Woi gedik, mulut korang lagi macam cibai, tau tak!!"kata Ima lantang. Semua orang terpaku. Masing-masing terlopong. Tak percaya. Ima ke tu? Dahsyat jugak perempuan tu bhai . Tak kusangka tak kuduga. Loceng berdenting menandakan berakhirnya waktu pelajaran. 5 Utarid mula beredar ke kelas masing-masing untuk kelas Mathematics yang bosan tahap nak mati. Sebab kelas akan sunyi sepi macam ada Malaikat lalu. Oh,tidak!
"Macam siot je kau tadi Ima. Cakap sikit je, tapi boleh buat diorang semua terkelu. Cayalah kau. Aku bangga dengan kau beb. " kata Karina semasa dalam perjalanan menuju ke kelas.
"Entahlah weyh. Tadi tu aku menyampah gila tengok overdose tu. Makin menjadi-jadi pulak. " jawab Ima.
"Tu lah pasal. Kecoh je perempuan gediks tu. Sesuka hati diorang je cakap kita ni crazy sex. Isy, macam siallah!" Nash pula menyampuk.
Azi hanya mendengar sahaja perbualan kami. Malas dia nak masuk campur. Tak ada faedah. Menambahkan dosa je. Lalu dia teringat akan surat yang diselitkn di celah buku revisionnya. Surat apa ya ?Hurm..



Suasana kelas 5Utarid tenang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tiada tanda-tanda akan berlakunya taufan. Mintak dijauhkan. Azi memandang sekeliling. Kebanyakan pelajar tengah berborak sesama sendiri. Apa yang mereka bualkan? Dia pun tak pasti. Yang pastinya di fikirannya terbayang-bayang isi surat yang dilayangkan kepadanya ataupun nama gelaran surat itu yang diberi oleh Karina 'loveletter'. Love ke? Tak pun. Just salam perkenalan sahaja.

Assalamualaikum, saudari Sharifah Azillia,
Saya Irshad, pelajar 5 Zuhrah, saya berharap kedatangan surat saya ini tidak mengganggu saudari. Sebenarnya, saya mahu menghulur salam perkenalan kepada saudari. Mengapa? Saya cuma tertarik kepada saudari. Semenjak Tingkatan 3 lagi saudari sebenarnya telah mencuri perhatian saya. Saya harap saudari tidak mengecewakan harapan saya, kerana kau ilhamku.

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
Sekian. Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.

Demikianlah komen sahabat karibnya.
Karina : "Sweet! Untung la kawan. Ada secret admirer."
Ima : "Cuba kau baca pantun dia, gila kanak-kanak dia tu. Hahaha. "
Nash : "Bapak skema ayat dia. Mesti selalu dapat A plus plus BM dia ni. "
Manakala, reaksi Azi adalah, "No way man. Aku tak minat lah kenal-kenal ni. Dah lah ayat tak boleh blah. Study lagi penting. "

Cikgu Haliza melangkah masuk ke kelas. Dengan tidak semena-semannya, seisi kelas terdiam. Sahlah. Ada Malaikat lalu! Sesi belajar start. Hari ni belajar tajuk Probability II. Aduhai.

Azi asyik mengelamun dalam kelas. Mungkin masih memikirkan berkenaan loveletternya itu. Kata tak suka tapi tengok gaya macam suka je? Lantaklah.

"Hello , dah sampai mana tu? Bulan? " kata cikgu Haliza. Marah. Mukanya yang putih berseri-seri itu sudah merah menahan marah. Marah kerana pelajarnya tidak fokus dalam kelas!

Azi tidak mendengar panggilan itu.

"Hei. Hello. Berangan ke? Saya ni bercakap dengan patung ke?" sinis suara cikgu Haliza. Namun Azi masih tidak perasan dirinya menjadi perhatian seisi kelas. Nash yang duduk di sebelah Azi segera menggoyangkan bahunya. Azi terpinga-pinga. Dilihatnya kelas sunyi sepi dan ada banyak pasang mata yang sedang menonton aksinya.

"Kenapa ni? " tanya Azi , blur.

Suasana kelas yang tenang tadi menjadi tegang. Serta merta!Cikgu Haliza yang marah menjadi semakin marah melihat keadaan Azi.

"Kamu duduk di kaki lima kelas sampai habis masa saya! Sekarang! " mata cikgu Haliza terjegil sambil berkata.

"Huh? Oh tidak! Malunya. " gumam Azi. Namun langkahnya tetap diatur perlahan. Macam siput! Hahaha. Ima, Nash dan Karina yang melihat hanya mampu menunjukkan wajah kasihan mereka. Ceh, kesian sangatlah tu.

Sengal!



"Matematik yang keluar periksa minggu depan bab Mathematical Reasoning , Straight Lines , Probabilyties dan Trigonometry . Ni ulang kaji form four punya . " , kata Cikgu Haliza kepada murid 5 Utarid . Reaksinya , ada yang melopong . Ada yang mengeluh . Ada yang dah terlentok , tak dengar sebenarnya tu . Ada pulak yang say yay , almaklumlah , bab yang diorang pro masuk periksa pulak . Mesti kena happy kan  ?
"Kalau tak ada apa-apa lagi , saya keluar dulu ye. Assalamualaikom . "sambung Cikgu Haliza lagi .
Imairah segera menyalami cikgu Haliza , walaupun cikgu itulah yang membuat kembarnya terpacak di koridor depan kelas diorang . Alah , bukan salah cikgu tu pun , salah dia jugak . Nak berangan pun time math , dah tau cikgu tu strict .
Nasuha pula hanya melambaikan tangan kepada Cikgu Haliza . Tak baik betul kan? Berkurang ajaran dengan cikgu math . Nash .. Nash . Apa nak jadi dengan kau ni Nash .
Karina hanya melepuk lengan Nash , walaupun dia pun tak berapa suka dengan cikgu Haliza tapi dia sekurang-kurangnya still ada perasaan hormat dekat cikgu tu . Tak macam Nasuha .
"Auchh , sakit dowh . ", kata Nash sambil menggosok lengannya yang kesakitan . Sebenarnya tak sakit sangat pun , saja nak mengover .
"Heheh. Sori. " Karina menayangkan sengihnya .
Azillia berjalan masuk ke dalam kelas dengan perasaan yang sebal campur malu yang amat . Memang malu gila . Tak pernah muka dia sehot tu. Siap dapat sengih daripada budak budak kelas hujung pulang tu. Ketua pengawas kena berdiri dekat koridor kelas. Alahai malunya . Benci lak ai aku dengan Irsyad . Kalau bukan pasal dia tak adanya aku malu. Buat malu je . Warghhh.

No comments:

Post a Comment