:: We hates men ::
Pagi yang indah,disinar suria yang kian menunjukkan diri begitu indah ciptaan Allah.Kabus sayup-sayup berarak. Memberi ketenangan.Subhanaallah. Azilia dan Imairah yang merenung keindahan alam semulajadi. Dingin pagi masih mencengkam. Sejuk!
"Banyak masa lagi lah,Ima. Janganlah kengkabut. " Slow and steady je lah. Kan?
"Biarlah."Ima membalas. Nak jugak membalas. Azilia hanya mengeleng melihat telatah kembarnya.
"Kecoh je!"Ima masih tak mahu mengalah.
"Apa-apa jelah adik. "
Azi dan Ima tiba di sekolah dengan menaiki motor.Sejurus kemudian Karina tiba dengan muka yang kelat.Hal ini membuatkan Azi dan Ima tertanya-tanya.Mereka menunggu Nash untuk bertanyakan hal ini kepada Karina. Nash yang lebih rapat dengan Karina berbanding diorang kerana sejak daripada form 2 lagi Nash dengan Karishma dah jadi geng jalan kaki. Faktor eh rumah diorang se"underwear". Sehala. Kat pekan.
Setelah kemunculan Nash,mereka pergi kepada Karina.
"Kau ni apesal,dari tadi muka masam je.Macam pisang busuk tau tak?"kata Azi sebagai mukaddimah. Pisang busuk? Apa kena mengena pisang busuk dengan muka masam? Jauh panggang dari api. Tapi hentam je lah. Bantai kau!
"Aku benci dengan Liong, sakit hati siot! Kau tau tak dia cakap kat aku yang dia dah couple dengan Cue Mi. Korang bukan tak tau aku memang tangkap cintan dengan Liong.Tiba-tiba minah tu pulak kacau line. Shortcircuit betullah. Main tibai je husband to be aku. Siapa tak bengang."Kata Karina, emosi. Hentam jelah Karina oi, shortcircuit pun termasuk sekali. Dah sah ada fius putus!
"Relaxlah beb.Camna kau boleh tau hal ni.Cer cite cer cite."tanya Ima pula.
Karina pun memulakan cerita dari A sampai Z. Dari alif sampai Ya. Relevan ke dari alif sampai ya? Karina Hindulah. Podah!
Setelah mendengar penerangan Karina yang panjang lebar dan berjela-jela, barulah Azilia dan Imairah mengangguk menandakan mereka memahami situasi Karina. Nasuha yang sudah tau cerita hanya membuat muka kasihan. Kasihan sangatlah tu. Haktuih!
Mereka beredar ke tapak perhimpunan setelah loceng berbunyi. Hari ni, Hajah Aminah aka pengetua memberi ceramah about tingkah laku positif pelajar. Semua pelajar membuat muka bosan. Kerana pengetua cakap syok sendiri tak ingat dunia. Dah macam peluru mortar pun ada jugak. Keluar je tak stop stop. Sudahnya pelajar jadi mangsa. Mangsa keadaan. Sebab pengetua tak suka pelajar kasi respond kat ceramah dia. Huh!
"Apa dia tingkah laku postif pelajar? "tanya Hajah Aminah kepada pelajar.
"Jaga adab!"
"Tak lawan cakap cikgu."
"Hormat mak bapak. "
Begitulah antara jawapan yang baik-baik dapat diserap oleh receptor dalam telinga Hajah Aminah. Ada jugak reaksi negatif pelajar. Antaranya.
"Boo... "
"Apa aku kisah? "
"Boleh blah lah lu."
Hahaha. Hajah Aminah apalagi. Berdesing telinga dia mendengar kata-kata responds balas daripada pelajarnya. Nak nak yang negatif tu. Memang telinga dia sense dengan benda-benda yang tak good macam tu. Telinga nipis!
"Dah-dah. Diam. Saya tak suruh awak semua balas soalan saya. Saya tanya saya jawab."kata Hajah Aminah. Sekali lagi sayup-sayup kedengaran suara menjerit boo kepada Hajah Aminah. Dah sah budak-budak ni semua bega. Orang tengah cakap pasal tingkah laku positif, lagi dia nak tunjuk tingkah laku negatif. Akai takda ka? Itulah URESS. Meriah macam Zoo Negara!
Subjek Fizik pagi-pagi ini. Pelajar 5 Utarid menuju ke makmal Fizik. Riuh rendah lab Fizik dengan suara pelajar. Terutama geng NIKA , SFIA , overdose, non Malays, Triple Fi dan Sabahan! Kelas Fizik pun bermula, hari ni cikgu Firdaus atau short name dia cikgu Ferd nak membuat revision bagi tajuk form 4 iaitu work,power,effiency and energy.Nash mula membuat muka blur dia tu.
"Aduhhhhhhh,bengap otak aku nak refresh balik tajuk form4",kata Nash.
Namun, bukan Nash sahaja yang mengeluh, majoriti budak 5 Utarid mengeluh. Sehati sejiwa! Execptions diberi kepada Liong, Jeeva, Karina, dan Ain. Almaklumlah, masing-masing superb Physics. Terer bhai.
Cikgu Ferd mula mengagihkan kertas latihan.
"Ok,murid-murid.Saya nak kamu semua hafal semua formula ni. For examples, to find work done must multiply the force and the displacement value. The units is Joule or J. Then.. bla bla bla bla..."
Semua dengan bersemangat membuat latihan yang diberi even Nash pada mulanya membuat muka bosan. Siapa tak nak ilmu oi. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam je. Mengabihkan boreh je buat apa kan? Hehe.
Masa rehat telah tiba, NIKA macam biasalah lepaking dalam kelas.Isu hari ini ialah perihal Karina dan Liong. Masing-masing mengutarakan rasa benci dan menyampah terhadap lelaki.Nash turut berkata sedemikian even dia tak pernah disakiti lelaki. Dah tu, dia siap jadi yang paling bersemangat lagi. Melebihi Karina dengan Ima pulak tu. Mungkin dia tak puas hati dengan triple Fi yang perangai macam babun. Sesuka hati auntie nenek moyang diorang je nak kenakan dia. Dengan Hafifilah, dengan Wafilah. Eii, siallah!
"Poyo je minah ni, bajet betul. Macam discuss hal dia pulak. " kata Azi.
"Eii, suka hati akulah cik wok oi."kata Nash yang membela dirinya yang terover tadi. Nak cover malu lah tu.
"Whatever."Azilia menjawab sepatah.
"Aku cadang kita jadi group anti lelaki nak? Amacam brilliant tak idea aku tu? "Kata Azi memberi cadangan.
"Kitorang orait je. No hal punyalah. "
"Em.. How about we add our slogan - We Hate Mens. Is it fine with you all? "Azi memberi cadangan lagi. Siap dengan slang english lagi. Tapi grammar betul ke tak, tak tahulah kan. Sapa kisah? Yang penting orang paham.
"Hate pleasure seeking guys!"kata Karina emo.
"I agree. "jawab Ima.
"Aku on je. Tapi kena ikut lah. Jangan nak mungkir pulak. Hukumnya derhaka tu. Pancung sampai mati. Mandatory.", respond Nash pula.
"Hm.. Nash Nash. Apa jelah yang kau melalut ni.Isy-isy."gumam Azi.
"Ampunkan patik tuanku. Patik pacal yang hina meminta diringankan hukuman. Kasihanilah patik tuanku. Patik ada 2suami dan 8 orang anak." seloroh Azi mengenakan Nash.
"Huh ? Maksud kau? "jawab Nash, blur dengan muka seposen.
Azilia, Karina dan Imairah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Nash. Terubat sedikit lara di hati masing-mamsing. Sah loading bebenor si Nash ni.
Thursday, July 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment