Blogger Backgrounds

Friday, July 22, 2011

prolog

:: Kisah Nasuha dan Karina ::
“Tweet-tweet, SMS… ”Telefon Karina berdering . Karina merenung jam dindingnya. 3 pagi. “Apahal lah minah ni mengacau aku pagi pagi buta ni? Orang nak tidur pun susah ”,gumam Karina. Segera Karina membaca pesanan ringkas yang dikirim oleh Nasuha.
“Kath, kau takut tak? Aku gabra gila ni. Huhu. Naik seriau aku fikir pasal keputusan aku. Sampai tak boleh nak tidur ni.”, begitulah bunyi pesanan ringkas yang dikirim oleh Nasuha.
Segera Karina mendail nombor Nasuha.
“Relaks lah beb. Tak payah kau nak takut sangat. Aku rasa kita punya markah ok. Don’t worry lah. Tenang aja. ”,kata Karina yang masih mamai kerana lenanya diganggu.
I’ll try. Tapi kau tak rasa cuak ke? ”
“Cuak memang cuak. Tapi kita dah buat yang terbaik. So, just accept it.
Thanks for your advice. Esok kita gerak jam lapan kan? ”
“Ya lah mangkuk.”
“Pakai baju biasakan? Tak payah pakai baju sekolah kan? ”
“Aku rasalah. Ya. Weyh, aku ngantuk gila ni. Tidur dulu. Kau pun jangan mengada tak nak tidur. Esok tak bangun sia-sia je. “
“Hmmm..”
Nasuha dan Karina sudah lenyap dalam lena mereka.
:: Kisah Imairah dan Azilia::
“ Azi, bangunlah cepat. Nanti lambat kang, cikgu marah. Takkan lah hari yang penting camni pun kau boleh terhegeh-hegeh lagi. Siot lah kau ni.Huh! ,” dengus Ima.
“Yelah-yelah, aku bangun ni hah. Tak nampak ke mata aku dah membuntang ni! Kau ni relakslah. Gabra semacam je aku tengok. ”balas Azi yang tak puas hati dengan Ima. Meskipun begitu, Azi sebenarnya cuak memikirkan keputusannya nanti.
“Akak dah siap belum? Cepatlah siap. Haisy.. ! ”, laung Ima marah-marah kepada kakak sulungnya.
“Sabar boleh tak? Ada jugak kang yang kena debik ni.”
“Azi, jangan tidur lagilah!”, Ima bertempik. Riuh rendah suasana pagi itu.
“Mana Azi dan Ima ni. Dah lambat ni. Budak-budak semua dah tanya. Dah dekat pukul satu ni. Diorang dekat mana ni ? Membungkang lagi kot? Atau takut sangat nak amik results. Den pun amik gak. “ kata Nasuha.
“Tahu takpe , lembap betul minah ni dua ekoq ni. Aku rasa diorang jalan kaki ni. Mesti kaki diorang cabut, takpun skru kaki diorang longgar tu yang tak sampai-sampai lagi tu.”Karina bengang.
“Hahaha. Iye kot. Kot ye pun beragaklah . Kau kutuk kawan kita tu. BFFE tu. ”balas Nasuha.
“Hah? ”Karina tercengang.“BFFE ? What stands for it? ” , tanya Karina.
“Bapak bengap kau. Huhuhu. Best Friends Forever ever lah ngok! Tak sangka pulak kau lembap jugak. Hahaha” , kutuk Nasuha.
“Ewah-ewah, oi mak cik . kot ye pun beragaklah sikit cakap tu. Main sesuka hati atuk nenek kau je kata aku lembap. ”
“Ada aku kesah? ”
“Hah. Tu pun batang hidung diorang. Oi , lembap betul lah korang ni. Kura-kura pun tak lembap macam korang ni. Dah berjanggut kitorang tunggu tau tak! Janji pukul berapa. Nasib baik misai kitorang tak tumbuh lagi,”bebel Karina setelah melihat kemunculan Azilia dan Imairah.
Sorry lah Kath. ” kata Azilia dan Imairah serentak.
So what going on? Tak dapat results lagi ke? ”tanya Imairah.
“Belum. Pengetua tengah amik result kat PPD. Bila nak dapat pun tak tau. Tunggu je lah. ”
************************************************************************************
“Alhamdulillah aku dapat 8A. Kath, kau dapat berapa ? ”tanya Nasuha.
“Tengok kakilah weyh. Aku straight A’s tau. I got 7 A’s! Yahoo.
“Korang dapat berapa pulak kembar? , ”Nasuha bertanya kepada Azi dan Ima pula.
“Kitorang berdua dapat 7 A 1 B. B english pulak tu. Sengal! ” balas Azi.
“Korang ni macam dah pakat je kan? Dua dua dapat B english . pakat ek? ” , kata Kath.
“Mana ada. Memandai je kau ni. ”, jawab Ima.
“Takpe takpe . SPM ada lagi. Nanti kita study sama-sama lagi ek. Demi mengharumkan nama sekolah ku yang tercinta ni. Huhuhu. ”,kata Azi.
“Ek eleh, kerek lak ai ayat kau. Sekolah tercinta konon. Nyampah.” balas Nasuha.

No comments:

Post a Comment