Blogger Backgrounds

Saturday, July 23, 2011

bab 3

:: Imairah ::

Si kembar Azillia dan Imairah berjalan menuju ke sebuah restoran, Restoran Bahagia. Suasana di sekeliling restoran agak romantis kerana disajikan dengan irama lagu cinta sebagai halwa telinga. Jiwang karat nampaknya owner restaurant ni. Azi dan Ima mengambil tempat duduk di sudut dalam restoran. Mereka mengambil tempat di hujung restoran. Makanan dipesan.
"Weyh Ima, tu Hafiz kan? Eh, dia dengan siapa tu?"Azi bertanya kepada Ima sambil menuding jari ke arah satu sudut yang agak tersorok.
"Eh, mana dia? Tak nampak pun. " kata Ima sambil mencari-cari ke arah yang ditunjukkan oleh Azi sebentar tadi. Kebetulan pada masa itu, waiter yang menghalang pandangan Ima mula bergerak ke arah kaunter. Lalu terlihatlah oleh Ima figura Hafiz yang dikatakan oleh Azi tadi. Hafiz bersama dengan seorang perempuan. Mesra sekali. Adegan suap-menyuap antara mereka menyakitkan hatinya. ''Kurang ajar'', Ima bermonolog. Ima bingkas bangun dan berjalan menuju ke arah mereka. Untuk bersemuka dengan Hafiz pastinya!
"Mohd Hafiz Taufiq", Ima bersuara, lantang. Hafiz yang mendengar namanya dipanggil segera menoleh. Imairah. Dia terkedu.
"Apa explaination kau tentang perempuan ni? Siapa dia?"Ima bertanya, tegas. Hafiz diam. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab. Adik. Tak mungkin sama sekali Ima mempercayainya kerana Ima mengenali semua ahli keluarganya.
"Err...di... dia.. ni.. ermm.. er.. ", tergagap-gagap Hafiz menuturkan ayat. Jeda yang lama.
"Dahlah, aku malas nak dengar explaination kau. I'm going to ladies."Ima bersuara setelah bosan menunggu jawapan Hafiz. Dia menahan dirinya daripada menangis di ditu. Segera dia beredar ke tandas.
Di dalam tandas, Ima menangis semahu-mahunya. Dia yakin itu ialah awek baru Hafiz. Handphone N350nya dikeluarkan. Dia menaip mesej. Ringkas.

Kita putus.

Butang send ditekan. Selepas dia memastikan tiada kesan air mata. Dia segera keluar daripada tandas itu. Pintu tandas dibuka, Imairah kaget. Hafiz sedang menyandar pada dinding sambil merenung tajam ke arahnya.
"Kenapa?"tanya Hafiz. Pasti dia mempersoalkan mesej Ima yang baru saja dikirim sebentar tadi.
"Fikirlah sendiri.", jawab Imairah tanpa riak. Memang dia sedang berduka tetapi dia takkan menunjukkan kedukaannya itu kepada sesiapa. Terutamanya Hafiz! Lantas dia beredar menuju ke arah mejanya. Azi hanya memandangnya sayu. Barangkali dapat merasai kesedihan Ima. Bukankah mereka sepasang kembar. Cubit peha kiri peha kanan terasa juga.
"Jom balik."Ima bersuara. Mendengar kata-kata kembarnya itu, Azi bingkas bangun lalu menuju ke kaunter bagi membayar harga makanan yang mereka bungkus tadi.



Dalam perjalanan pulang, Imairah menangis sepuas-puasnya. Rasa hatinya bercampur baur. Mixing. Sangat complicated. Undefined! Dia terlalu kecewa sebenarnya. Tindakan Hafiz tadi berlegar-legar di retina matanya. Siot je! Teringat dia semasa Hafiz mengusharnya dahulu.



Ima, aku suka kau. Jom couple?
Begitulah bait-bait ayat yang dihantarkan kepadanya melalui sitem pesanan ringkas (SMS). Namun, Ima tak melayan mesej-mesej seperti tu. Yelah umur baru setahun jagung takkan nak fikir pasal
couple-couple kot?Gatal bebenor tu bah.
UPSR pun baru abis. Sudahnya, dia mempassingkan Hafiz kepada Azi, kembarnya. Tapi hanya bertahan untuk sehari! Nampak sangat Azi pun tak suka dengan Hafiz. Lepas tu, Ima mempass pulak Hafiz kepada akak In nya. Tapi senyap je. Not responding jugak kot. Hmm. Dah nak ending form 1 baru Ima terima Hafiz. Yelah, ala-ala kesian gitu.
Ima masih ingat lagi perancangannya dengan Hafiz,
after SPM, bertunang. Hm.. Nampak eh, cuma mimpi di siang harilah kan untuk dia.
Masa Ima pertengahan
form 3 , Hafiz start bertukar sikap. Dah tak caring. Asyik busy je. No more calling calling. Tapi Ima buat derk je dengan perubahan Hafiz. Ima menganggap tu cuma perkara biasa untuk orang yang baru masuk U. Manalah tau, dia tengah busy buat assignment ke ? Tengah jumpa lecturer dia ke? Tengah jumpa awek ke? Wo wo. Yang jumpa awek tu tak pernah terlintas pun kat kepala dia. Nabi ajar umat dia untuk bersangka baik. So, Ima ikut jelah.
Tak sangka pula, rupa-rupanya angan-angan syok sendiri dia dengan Hafiz jadi macam hampeh. Buat malu je dah beria-ia. Sengal!



Imairah pulang ke rumah dengan hati yang merusuh. Baginya, Hafiz sememangnya mengecewakannya. Manakan tidak, sudah lebih 4 tahun mereka bercinta, berkongsi suka dan duka. Bantal busuknya dipeluk erat. Tidak dia hiraukan segala peta-peta yang tertancap pada bantal busuknya itu. Iyalah, daripada kecil bantal itu menjadi penemannya. Segala kewangian yang melekat pada bantal itu berpunca darinya. Jadi, apa yang dia nak kisahkan?
Tetapi, tiada lagi air matanya untuk dia. Bagi Ima, segalanya telah berakhir dengan peristiwa tadi.Huhu. Stop! Finish! The end! Tamat!
Imairah berfikir-fikir. "Apa benda yang ada kena mengena dengan Hafiz? "
Tak lama kemudian, dia berkata " Gotcha! "
Barang first yang dia dapat daripada Hafiz ialah teddy bear. Masa tu dia form 1. Masa form 2 pulak dia dapat jam tangan. Tak branded pun. Yelah couple dengan orang yang tak loaded memang la macam tu. Dapat hadiah birthdays sakai sakai je. Yang ketiga pulak dia dapat baju. "Hurm.. " Ima menggumam."Apa yang dia nak buat dengan barang-barang tu ye? " Dia bermonolog sendirian. Buanglah apa lagi kan ? Tapi sayang pulak. Bear ni comel. Jam ni walaupun murah tapi still ok . Baju tu? Hurm .. Pakai je lah kan ?Dah orang tu kasi.
Kemudian Ima membangunkan Azi yang masih tidur. Azi memang macam tu. Sikit-sikit nak tidur. Sikit-sikit nak tidur. Tido je kerja dia. Memang macam hampeh dan tak semenggah langsung!
"Azi, bangunlah. Jom gi balik kampung. " Kata Ima separuh berang bila dilihatnya Azi masih tidur.
"Buat apa weyh nak balik kampung? Bukan ke baru semalam kita balik ? Kau jangan nak ngada-ngada pulak. Aku ngantok ni. " ayat sinonim orang mengantok .
"Adalah. Weyh, Cepatlah bangun!"
"Yelah yelah. "



Imairah dan Azilia tiba di hadapan rumah nenek mereka. Seperti biasa, mereka disambut dengan kumpulan ayam yang memang ramah dan mesra dengan kedatangan tetamu yakni orang rumah tu pun. ''KokKok KokkOK. ''. Ayam kat rumah ni pelik,ayam lain kokok pagi-pagi tapi ayam kat sini kokok tiap kali orang datang. Apedah. Dah macam parrot punya function dah ayam ni. Tapi macam anjing bulldog kat depan rumah Apek-apek tu pun ada jugak. Huh, confuse!
Imairah dan Azilia baru sahaja memasuki beranda rumah nenek mereka tu. Azilia merasa pelik melihat Ima mengendong teddy bear dan jam tangan lokalnya.
"Nak buat apa dengan barang-barang tu Ima?"Azi bertanya, blur.
"Nak bagi kat Dada, kan ke dia suka main teddy bear. " jawab Ima, sarkastik.
"Asal lak tetiba je kau nak murah hati mendonate benda ni kat dia ?"Azi bertanya lagi masih macam orang bodoh.
"Sibuklah kau. None of your bussiness! "
"Oh. Ok. Time macam ni kedekut information. Takpe kau. Nanti aku boikot tak nak buatkan kerja rumah kau kalau kau malas. "Kata Azi pulak, mengugut. Tapi Azi cakap je lebih. Kadang-kadang dia yang selalunya lambat siap kerja rumah. Hahah. Gara-gara nak tido punya pasallah!
"Tak heranlah!"



"Dada, ambil teddy bear ni. "Ima memanggil Dada, adik tirinya.
Dada yang mendengar frasa teddy bear segera datang ke arah Imairah. Dada memang gila dengan teddy bear. Second yang bertakhta kat hati dia pulak,lelaki. Eei, kecik-kecik dah pandai nak gatal.Nyampah I!
"Yeyey, dapat teddy bear. Beshht!"kata Dada dengan slang pelatnya tu.
"Dah tak tau nak cakap terima kasih ke ? Tak terima kasih pun, xiexie ke , aligatogozaimas pun ok jugak. "Ima mengagah adik tirinya itu.
"Time kasih",Dada menjawab,masih dengan kepelatannya.
"Good girl."
Imairah berpuas hati, hilang sudah kenangannya dengan Hafiz. Sekarang ni biar masa yang menentukan. Dia sudah pasrah. Dia sudah kecewa dengan insan bergelar lelaki. Damn it.


No comments:

Post a Comment