Laman kampung chat ditaip. Dengan menggunakan nama Mairah, dia log in. Dia mendapat satu mesej berbunyi "Rizal ensem ingin chat dengan anda. Teruskan atau batal ?". Ima klik teruskan.
"Salam. Hai . " Rizal menghantar.
"Wasalam. Hai jugak " jawab Ima.
Begitulah berlanjutan perchattingan Ima dengan Rizal. First time chat dah amik dia jadi abang angkat. Tak cepat sangat ke? Ima. Ima. Selepas tiga jam, Ima mengundurkan dirinya daripada ruangan chat itu. Matanya letih memandang skrin komputer. Bahunya sengal sebab tak bersandar daripada tadi. Itulah, sibuk sangat nak layan Abang Rizal yang baru kenal kat facebook tadi. Sersai lah tu. Tak pun abang Rizal tu pandai mengayat.
Semasa chat tadi, Ima baru dapat beberapa info tentang abang angkatnya tu.
nama: Rizal bin Razif, umur : 29 tahun (tua jugaklah. Kalau tolak dengan umur Ima 12 tahun beza. ) asal : KL , kerja : hantar motor(Ima lebih kepada tak pasti sebenarnya.) no fon dia : 0138883333. Semad giler nombor dia. Senang nak ingat.
Semenjak daripada hari itu, Ima akan bermesej dengan abang Rizalnya itu. Tak mesej tak aman hidupnya. Suatu hari, Rizal mengajak Ima berjumpa.
Adik Ima , jumpa nak? ;)
Ima buntu. Nak ke tak nak ? Dalam hati kata nak. Tapi akalnya menolak. Macam mana ni! Sedang dia berperang dengan perasaannya, Nasuha memesejnya.
Ima jom gi Family Store. Aku nak beli kertas mahjonglah. Malas nak pegi sorang-sorang. Meh la.
OK. Ima membalas .
Kemudian, Ima membaca semula mesej yang disent oleh Rizal.
Adik Ima , jumpa nak? ;)
Ima membalas.
Ok je. Kat Family Store tau. :)
Rizal pula menghantar.
0k
Tepat jam 2 petang, Ima muncul di perkarangan rumah Nasuha. Rumah banglo Nasuha nampak tersergam indah tapi sunyi sangat. Sebab selalunya Nasuha akan berdua sahaja dengan bibiknya di rumah, Bik Imah, Imported from Indon. Ibunya workaholic. Ayahnya lagi double workaholic. Adik-adiknya suka merayap. Makin sunyilah rumah tu. Nasuha pulak anti sosial . Tapi dengan NIKA dia orait je.
"Woi Nash, cepatlah sikit. Aku dah sampai rumah kau baru nak mandi. Hampeh punya perempuan." ngomel Ima sebaik sahaja sampai di rumah Nasuha. Apa taknya, Nasuha baru mencapai towel sebaik sahaja nampak mukanya. Aduhai. perempuan ni tak ubah-ubah perangai dia. Memang macam hampeh. Dah lah aku ada date nanti. Date ke ? Tak kot. Aku sorang je yang perasan syok sendiri kat sini. Ima mengeluh. Sifat caring yang ada pada Rizal telah menggugat hatinya. Figura Hafiz semakin menghilang. Nak dikisah apa dengan orang yang currang macam tu. Tambahan pulak, Hafiz senyap je sejak peristiwa tu, so Ima anggap memang itu kesalahan Hafiz. Tak syak lagi!
"Ima, jauh melamun. Apa yang kau menungkan tu ?"usik Nasuha yang melihat Imairah mengelamun.
"Ima. " Nasuha yang mudah hilang sabar menepuk bahu Ima. Kuat jugaklah.
"Adoiai. Kau nak patahkan bahu aku ke Nash? Sakit tau tak." raung Ima. Sakit sangat kot.
"Hehehe. Terbabas. Tak sengaja. " jawab NAsuha tanpa da rasa bersalah.
Ima menjuihkan mulutnya. Tak sengaja konon.
"Dahlah, jom. "kata Nasuha sebaik sahaja siap menyarungkan kasut sukannya.
"Dah. Tak yah lah mengelamun cik Ima oi.. Kang dah tutup lak Family Store tu tunggu kau nak stop melamun." perli Nasuha yang melihat Ima masih melamun.
Sesampainya di Family Store, Nasuha segera menerjah ruangan yang menjual kertas mahjong. Selepas itu, dia membayar harganya di kaunter pembayaran. RM 1.50! Mak aih. Mahal nya. Baik pergi Fresco bayar murah sikit, singgit je. Omel Nasuha dalam hati. Namun begitu, duit bernilai singgit setengah bertukar tangan.
"Ima, jom blah. Aku dah lapar ni. Mc Donald dah memanggil-manggil perut aku ni. "kata Nasuha sambil mengusap-usap perutnya.
Ima seperti tak mendengar kata-katanya. "Berangan lagi ke Ima ni? Macam ada masalah negara je, hisy perempuan-perempuan. "Nasuha masih mengomel sendirian. Ditepuknya bahu Ima perlahan. Dia masih ingat hari tu Ima bising bahu dia sakit. Ada aku kisah ke? Bising je kan.
"Woi! Lu ada problem ke ? Ada problem boleh cerita dengan gua."macam tu intro Nasuha.
"Aku tengah tunggu someone ni.."jawab Ima."Ah,someone??who??tak bagi tahu pun nak jumpa someone."ngomel Nash.
"Ni nak bagi tahu la ni,Rizal nama budak tu.Aku kenal dia dekat kampungchat,takut beb nak jumpa."kata Ima dengan perasaan gemuruh semacam je.
"Ek eleh,kecoh la ko ni.Jumpa je,bukannya nak akad nikah"kata Nash dengan lantang sekali.Beberapa pelanggan di Family Store memandang ke arah mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Macam la mereka membuat kesalahan yang besar,gaya macam kena hukuman bunuh mandatori.
Tiba-tiba seseorang telah menyentuh bahu Ima."Excuse me,awak Imairah ke?"tanya lelaki yang tak cukup tinggi tu.Ima memandang dari atas ke bawah,macam tengah screen orang je."Rizal??"tanya Ima pula."Yup saya Rizal,jejaka hensem di seantero dunia."jawab lelaki tu dengan gaya riaknya.
Nash membuat muka meluatnya.Dia bermonolog dalam hati "Eish,benci betol dengan orang perasan bagus ni,dah la muka tak sehensem mana,pendek lak tu.Monyet dekat ZOO lagi hensem dari lelaki ni."kata Nash dalam hatinya.
Ima pula hanya tersenyum nipis mendengar lelaki tu berkata,yelah nanti cakap perasan terasa pula mamat ni.
"Oh lupa pulak. Perkenalkan ni my bestie. Nasuha aka Nash." kata Ima sambil menunjuk ke arah Nash. Siap dengan gaya control ayu lagi. Sumpah tak boleh blah beb!
Nasuha angguk. "Kau ni pakwe Ima kan? " tanya Nasuha dengan selamba badak dia.
"Belum lagi. Baru nak listkan nama je."jawab Rizal dengan sopan.
Nasuha perasan satu perkara, Rizal asyik menjeling kepadanya seperti memberi satu mesej. Apa ha? Kepala otak Nash yang blur semakin blur jadinya.
"Gotcha! Dia nak suruh aku blah kot. Nak berdua-dua dengan Ima lah tu. Nyampah!"monolog luaran Nasuha.
"Er.. er.. Ima, aku jalan-jalan kejap. Nak tengok barang-barang. Mana tau ada benda yang aku terasa nak beli je." kata Nasuha sambil memandang Ima tetapi menjeling Rizal. Reaksi Rizal, of course la senyum lebar macam baby dapat susu mak dia. Hahah. Sahlah, Rizal nak berdua je dengan Ima!
"Oo. Ok. Tapi jangan pergi jauh-jauh tau."balas Imairah.
"Tata titi tutu. See you soon ya."laung Nasuha sambil melambai ke arah Ima. Sekali lagi, orang sekeliling menjeling Nasuha tanpa tak puas hati dengan kebisingan dia.
Imairah dan Rizal berjalan-jalan sambil berbual. Kadangkala diselangi dengan perbualan. Nasuha yang mengintai daripada rak barang kat sebelah terjingkit-jingkit. Nak tengok adegan dua merpati yang tak sure sejoli ke tak ni. "Hmm. Nampak mesra. " komen Nasuha.
Tiba-tiba Rizal melutut di hadapan Ima.
Ima terkesima.
Nasuha melopong, tergamam.
Rizal sengih je.
"Will you be my girlfriend? Will you be my soul partner forever? " soal Rizal mempropose Imairah.
Imairah terpaku, terdiam. Dia tak sangka yang dia tak bertepuk sebelah tangan. Rupa-rupanya, Rizal jugak mempunyai perasaan kat dia. Serentak pipi Imairah berwarna merah. Macam pakai blusher jenama Avon pulak dah. Malu lah tu.Malu pasal kena propose satu hal. Malu nak tengok keliling pun satu hal lagi. Ima sure orang ramai dah berkumpul tengok adegan diorang. Tak pernah dibuat orang. Dilamar walaupun setakat jadi girlfriend je kat pasar raya. Siap berlutut bagai.
"I will. "jawab Ima. Masih dengan tersipu-sipu. Nasuha yang sudah sedia melopong terbeliak pula.
"Really. Oh thank GOD. Tak sia-sia saya istikarah semalam. I know you are my best choice. " kata Rizal lagi. Ayat dia nak tak boleh blah je. Adoiai. Berbulu telinga Ima.
Friday, July 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment