Blogger Backgrounds

Friday, July 29, 2011

Bab 9

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kami menghadapi peperiksaan SPM. Nash,Karina,Azi dan Ima study hard gila-gila untuk mendapat result yang gempak. NIKA + SFIA vs OVERDOSE study bagai nak rak untuk mendapatkan result yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Terbaik punya! Yang lain tu study ke tak? Ikut suka dioranglah. Masa depan masing-masing kan? Tak payah de nak selak kain orang, diri sendiri tak terjaga lagi.
Ssetiap malam, NIKA dan SFIA akan belajar bersama-sama untuk semua subjek di rumah Karina. Study group lah ni. Barulah ilmu senang nak masuk. Belajar ramai-ramai Ada berkat!
Pada malam rabu,kami mengulangkaji subjek sejarah tingkatan 4.
"Wei Ima, apa maksud hijrah dalam konteks Islam??"tanya Karina secara tiba-tiba kepada Ima.
Karina,Azi,Nash,Intan,Ain,Fiona dan Arsya menjeling ke arah Ima, menanti jawapan daripadanya. Go girl. You can answer it!
"Apasal korang pandang aku macam tu??Macam nak rape aku je. Aku report kat Rizal kang korang nak rape aku kang."kata Ima.
"Huh!!Tak inginlah kita orang kat kau.Apa yang kau ada kita orang ada lah."sela Nash.
Ima hanya tersengih-sengih macam kerang busuk je.
"Ima!!Jawablah soalan aku tadi",marah Karina.
"Yelah-yelah.Nak gurau sikit pun tak boleh. Hmm..Maksud hijrah melalui kontenks Islam ialah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Makkah ke kota Madinah untuk memperkukuhkan Islam dan satu strategi menyebarkan Islam ".
Semua mengangguk-anggukkan kepala berulang kali seperti burung belatuklah pulak.Kata Ima di dalam hatinya.
Setelah jam menunjukkan pukul 11.30 malam kami semua pun blah dari rumah Karina.
Oppss.. Bukan rumah Karina tapi rumah bapak dia. Bapak dia yang beli rumah tu, bukan diakan, so tu rumah bapak dialah.



Di sekolah, kami semua sentiasa meluangkan masa untuk belajar bila ada guru yang tidak hadir.Kelad 5 Utarid akan menjadi sunyi sepi seperti ada malaikat yang lalu sebab semuanya study gila-gila untuk menghadapi SPM. Fokus gila beb! Kelas lain mesti kata kitorang semua skema habis. Yelah, cikgu takde pun sepi je.
Senang nak kata, pagi, petang, siang, malam dihabiskan untuk study. Study hard ke study smart tu? Dua-dua sekali!



Setelah berapa bulan kami belajar gila-gila sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan. SPM! Yang tak prepare boleh histeria wo. Yang dah isi peluru banyak-banyak pun rasa macam nak pergi berperang pun ada.
Sebelum masuk ke dewam peperiksaan geng NIKA dan SFIA bersalaman.
"Goodluck tau Fiona.Buat baik-baik. Selawat banyak-banyak",pesan Ain kepada Fiona.
"Ye.Kau pun sama tau,"kata Fiona.
Semua melihat kepada Fiona dan Ain sambil tersenyum. Semua gabra!
"Tapikan cuma kau jelah tak boleh selawat.Umm kesian kat kau ,"kata Intan kepada Karina.
Kami semua tergelak je dengan kata-kata Intan tadi.
"Korangkan boleh doakan aku masa korang sembahyang,"balas Karina.
"Tak de maknanya.Kau masuk la Islam,"kata Nash.
Karina hanya senyum nipis je dengan kata-kata Nash.Setelah itu kami pun masuk ke dalam dewan peperiksaan.Kami menjawab peperiksaan dengan sehabis baik hinggalah tamat paper last kami.



"Peh,akhirnya tamat jugak perang kita di dalam dewan peperiksaan,"kata Arsya. Kami hanya ketawa apabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Arsya tadi.
"Alhamdulilah.Tamat jugak SPM ni,"kata Azi.
"Lega siot.Bolehlah lepas ni kita pergi enjoy! ,"balas Nash.
Geng NIKA dan SFIA pun merancang untuk keluar pergi ke Terminal One berjalan pada hari Isnin nanti. Nak buat apalagi. Exam pun dah habis kan? Lepaklah. Baru hidup gempak!



Pada hari isnin kami pun keluar seperti dirancang.Kami semua berkumpul di Terminal One.
"Fuyoo!!Seksinya sexy bump kita hari ni,"kata Karina.
"Mana ada ngek. Baik punya aku pakai tudung kau kata aku sexy bump. Macam babun je,"kata Fiona dengan muka bengangnya.
"Aah la Karina ni.Tak baik tau kutuk geng aku macam tu,"kata Arsya.
"Ala..Aku gurau je.Jangan ar nak touching,"balas Karina.
"Aku tahulah kou gurau je,"kata Fiona sambil meletakkan tangannya di atas bahu Karina.
Azi,Ima,Nash,Intan,Ain dan Arsya pun berjalan seiring dengan Karina dan Fiona.Kami hanya ketawa je apabila ada pakwe hensem mengurat Nash.
"Gelinya aku tengok mamat tu,"kata Nash.
"Peh,hensem tu mamat tu,"kata Intan.
"Woi, muka macam tu kau cakap hensem.Tu kalau aku lalu kat tepi jalan raya bersepah muka macam tu aku boleh jumpa,"balas Nash.
"Poyo ar kau.Tu nasib baik ada jugak yang nak kat kau.Kalau tak,tak ada orang ar nak kat kau dengan perangai hampeh kau ni,"kata Azi.
Semua tergelak je dengan kata-kata Azi tu.Tapi betul jugak apa Azi cakap. Dengan perangai selamba budak Nash tu takut jugak tak kahwin nanti.
"Ada aku kisah??"balas Nash.
"Dah-dah la tu.Jom ar pergi makan.Aku dah lapar ni,"kata Ain.
"Aah la.Aku pun dah lapar. Jom makan KFC,"kata Ima.
"KFC? Jalan je. Ni siapa nak sponsor aku ni? Pokai dowh. "kata Nash. Alasan lazim biar orang sponsor dia, pokai! Sebenarnya Nash nak save duit, nak beli novellah nanti kat Popular. Azi , Ima dan Karina yang tau perangai Nash hanya sengih.
"Kedekutlak ai minah ni." kata Karina.
"Hajah bakhillah kau. "Kata Ima.
"Jangan layan Nash ni. Dia nak pancing korang je."kata Azi pulak.
Memang potong trip betullah kawan-kawan aku ni! Gerutu Nash dalam hati.
"0h. Ok." jawab Fiona sebagai wakil SFIA.
Semua berjalan ke tingkat bawah untuk menikmati makanan.



Tengok wayang sudah. Shopping pun sudah. Makan pun sudah. Karoeke pun sudah. Sembahyang kat surau Terminal One pun sudah.
Setelah penat berjalan kami pun balik. Naik bas je. Nak bawak kenderaan, malas. Azi, banyak beli makanan je. Ima, baju dia 4 bag. Tu pun dah merayau sakan kat semua premis kedai. Peace, Pyramid, Girl's stuff, dan banyak lagilah. Cerewet sangat! Karina, sport shoes je. Nike lagi. Nash, 4 buah novel karya Norhayati Berahim. Fiona, beli beberapa helai baju girl girl. Ha! Ni geng Ima lah ni. Ain, beli buku motivasi. Berapa biji? Tak taulah. Arsya, beli accesories je. Nampak sikit tapi semua mahal wo. Intan pulak, sibuk membelek handset barunya. Blackberry tu! Kecoh dalam bas tu dengan suara kitorang. Sampaikan acik kat sebelah Ima pun dah menjeling-jeling kat kitorang. Siap dengan mulut terjuih-juih pulak tu. Ingat comel ke huh?
"Putttt." Serentak Nash, Karina, Arsya, Azi, Intan, Ain dan Fiona memandang ke satu arah. Ima!
"Lu kentot ke bro? ", soal Nash spontan.
"Mulut kau jaga sikit ek. Aku takde lepaskan gas monoxide kat sini de." balas Ima, marah.
"Abih tu? Siapa yang buat dajal kat dalam bas ni. Aku dengar bunyi dari arah kau." balas Nash, tak puas hati.
"Bukan akulah." jawab Ima lagi, tegas.
"Er, mintak maaf nak. Acik ang kentut tadi. Hehe. " jawab mak cik aneh tu, tersipu-sipu malu.
Hahahhaha. Serentak mereka semua ketawa.



Pada waktu malam NIKA dan SFIA pakat ramai-ramai online kat fb. Untuk apa? Saja je. Ngada-ngada.
Sesi kutuk-mengutuk bermula.
"Ada jugak yang nak kat Nash tu, "kata Ain.
"Peh miss lonely dah berkata-kata. Kutuk orang pulak tu. ", kata Karina.
"Hampeh kau ni Ain . Dalam diam-diam kau kutuk aku. Dah pandai ek. "marah Nash.
"Mana ada kutuk,cakap je."balas Ain mempertahankan dirinya.
"Peh menjawab. Ni nak derhaka ni. "kata Azi pula.
Intan, Ima , Arsya, dan Ima hanya menglike komen Azi dalam fb.
"Tengok! Ramai yang like tau. Hehehhe.", kata Azi bangga.
"Hei. Apasal korang like? "kata Ain.
"Saja-saja."Komen Nash.
"Suka hatilah. " kata Ima.
"Aku buat pe yang aku nak. "Arsya balas pula.
Yang lain-lain hanya like komen Ima. "Suka-suka hatilah!"
Lepas sejam tamatlah sesi kutuk mengutuk antara NIKA dan SFIA. Farewell!

1 comment: